Monday, November 16, 2009

Interview



Susah juga anak-anak zaman sekarang nak belajar. Kena berebut untuk menghantar anak ke sekolah yg dikira baik untuk mendidik akhlak dan akedemik mereka supaya tidak lari dari landasan yang allah tetap kan.
Kami empat beranak bertolak awal pagi sesudah solat subuh untuk menghadiri ujian kelayakan untuk kemasukan ke Tingkatan 1 sekolah maktab mahmud di a/s . Bayankan angka giliran untuk kami ialah 1722.
Kami sampai dalam pukul 8.15 pagi. Izzatun dah mula pucat bila mula memasuki bilik sekolah untuk sessi ujian dan tilawah. Tanya dia..susah ker senang....apa pun x jawab...senyum ja...tanda x dapat jawab dgn baik. Tapi untuk tilawah...ceppat saja jawab bila kita tanya susah ker senang.
Jumpa dgn ramai kawan , ada yg satu kampung , office mate , kawan yg dulu x haji ...sekarang dah haji.
Insyaalah..kalau ada rezeki...dapat la...kalau x ada..kena usaha tempat lain.

Semasa dok berjalan ke kereta....Jaga........longkang ... belum pun habis ayat longkang ...gedebuk jatuh kedua-dua kaki kedalam longankang. Mula nak keriyau...Oleh kerana ramai org....pandai jugak dia cover line.
X apa la..luka sikit ja. Lain kali berjalan tengok depan.

No comments:

Post a Comment